Setiap kali pulang ke
rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah dimasak untuk dimakan, sambil
tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.
Saidatina ‘Aisyah
menceritakan “Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan
rumahtangga. Jika terdengar azan beliau cepat2 berangkat ke masjid, dan cepat2
pula kembali sesudah selesai sembahyang.
Pernah beliau pulang pada
waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar ketika itu. Tetapi dilihatnya tiada apa
pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Saidatina ‘Aisyah
belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, “belum ada sarapan Ya Humaira’ ?” (Humaira’
adalah panggilan mesra untuk Saidatina ‘Aisyah yang bererti Wahai Yang
Kemerah2an)
‘Aisyah menjawab dengan
agak seba salah, “Belum ada apa-apa Wahai Rasullullah”
Rasullullah lantas berkata,
“Jika begitu aku puasa sahaja hari ini.” Tanpa sedikit pun rasa kesal di
wajahnya.
Sebaliknya baginda sangat
marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasullullah menegur
“Mengapa kamu memukul isterimu?” Lantas soalan itu dijawab dengan agak
gementar, “isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat beberapa kali
tetapi dia tetap degil, jadi aku pukul dia.” . “aku tidak bertanya alasanmu,”
Sahut Nabi S.A.W “aku menanyakan mengapa kamu memukul teman tidurmu dan ibu
kepada anak2mu?”
Pernah baginda bersabda,
“Sebaik2 lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya.”
Prihatin, sabar dan
tawaduknya baginda dalam menjadi ketua keluarga lansung tidak sedikitpun
menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.
Pada suatu ketika baginda
menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu
rukun ke rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendegar bunyi
menggerutup seolah-olah sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergesel antara
satu sama lain.
Saidina Umar yang tidak
tahan melihat keadaan baginda itu lansung bertanya setelah selesai solat. “Ya
Rasullullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat
berat, tuan sakitkah Ya Rasullullah?”
“Tidak Ya Umar.
Alhamdulillah aku sihat dan segar.”
Ya Rasullullah mengapa
setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi
bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin tuan sedang sakit…” Desak Umar penuh
cemas.
Akhirnya Rasullullah
mengangkat jubahnya. Para sahabat terkejut. Perut baginda yang kempis,
kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa
lapar. Batu-batu itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi haus setiap kali
pergerakan tubuh baginda.
“Ya Rasullullah! Adakah
apabila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan
mendapatkannya buat tuan?”
Lalu baginda menjawab
dengan lembut “Tidak para sahabatku. Aku tahu apapun akan engkau korbankan demi
Rasulmu. Tetapi apakah yang akan aku jawab di hadapan Allah nanti apabila aku
sebagai pemimpin menjadi beban terhadap umatnya.”
“Biarlah kelaparan ini
sebagai hadiah Allah buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di
dunia ini lebih-lebih lagi kelaparan di akhirat kelak.”
Baginda pernah tanpa rasa
canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan
kotor. Hanya diam dan bersabar bila kain rida’nya direntap kasar oleh seorang
Arab Badwi sehingga berbekas merah di lehernya. Dan penuh kehambaan baginda
membasuh di tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur
dengan lembut perbuatan itu.
Mengenang peribadi yang amat
halus ini, timbul persoalan dalam diri kita…Adakah lagi bayangan peribadi
baginda Rasullullah S.A.W pada hari ini? Apa-apa yang didengar sehari-hari yang
didedah oleh media massa , hanyalah cerita-cerita derita akibat sikap
mereka-mereka yang tidak berperanan di tempatnya. Amat sukar mencari manusia
yang sanggup mengorbankan kepentinagn diri unyuk orang lain semata-mata
takutkan Allah S.W.T…sepertimana yang dilakukan oleh Rasullullah.
Seolah-olah anugerah
kemuliaan dari Allah lansung tidak dijadikan sebab untuknya merasai lebih dari
yang lain, ketika berhadapan dengan orang ramai mahupun keseorangan. Ketika
pintu syurga terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri
di waktu-waktu sepi di malam hari, terus menerus beribadah sehinggakan baginda
pernah terjatuh lantaran kaki baginda yang sudah bengkak-bengkak. Fizikalnya
sudah tidak mampu menahan kemahuan jiwanya yang begitu tinggi. Bila ditanya
oleh saidatina ‘Aisyah, “Ya Rasullullah bukankah engkau telah dijamin syurga ?
Mengapa engkau masih bersusah payah begini?”
Jawab baginda dengan lunak
“Ya ‘Aisyah, bukankah aku ini hanya seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin
menjadi hambaNya yang bersyukur.”
No comments:
Post a Comment